Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen

8 Nov 2022 • 7:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Agak-agakla pun kalau nak pacak bendera tu

Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen. Pacak atau gantung bendera semasa berkempen hendaklah berpada-pada, bimbang ianya akan memudaratkan bagi pengguna jalan raya.

Sekarang sudah masuk musim berkempen, memang akan ada kita lihat bendera milik parti-parti politik di mana-mana sahaja kita pergi.

image is not available
Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen. Kredit gambar: FB Sarawak Roads Update

Bahaya kalau bendera tu tersangkut kat wiper kereta

Akan tetapi, perkongsian video dashcam netizen di laman Facebook Sarawak Roads Update telah mengundang perhatian netizen sekaligus cetus kebimbangan pengguna jalan raya di Kuching.

Dalam video tersebut, kelihatan kenderaan di hadapan pemilik dashcam tersebut terlanggar bendera parti di bulatan Batu 3, Kuching namun bernasib baik tiada kemalangan berlaku. Bendera tersebut condong dan telah menghalang jalan di bulatan tersebut.

image is not available
Tangkapan layar dari FB Sarawak Roads Update

Perkara ini mampu mengundang perkara yang tidak diingini berlaku di jalan raya. Harap ada pihak yang mengambil inisiatif untuk membantu.

Tidak hanya itu, bendera-bendera ini juga telah menghalang penglihatan pemandu jalan raya di kawasan bulatan Ajibah Abol dan juga beberapa kawasan di Kuching. Ia telah menyebabkan pemandu sukar untuk melihat kenderaan lain sebelum keluar simpang.

image is not available
Tangkapan layar dari FB Sarawak Roads Update

image is not available
Kredit gambar: FB Sarawak Roads Update

Kalau pacak bendera di tepi jalan tu, kenalah berpada-pada di tempatnya, betul tak? Jangan sampai halang penglihatan pemandu jalan hingga menyebabkan kemalangan, huh… naya pak karimimage is not available

Dan buat anda yang dah daftar dalam sistem, jangan lupa untuk mengundi ya!