Pacu Industri Kreatif Serantau, Malaysia Dan Jepun Jalin Kerjasama Reka Bentuk Bersejarah

LocalDesign
29 Apr 2025 • 2:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu langkah bersejarah telah tercipta dalam landskap reka bentuk serantau apabila Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) memeterai perjanjian kerjasama tiga hala bersama ASEAN-Japan Centre (AJC) dan Japan Institute of Design Promotion (JDP).

Upacara menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent, LOI) yang berlangsung di ASEAN Hall, Tokyo ini membuka lembaran baru dalam memperkukuh jaringan kreatif antara Malaysia, Jepun dan negara-negara ASEAN.

image is not available

Pengarah MRM Amirul Fadhli Che Ismail berkata, beliau menyatakan kerjasama ini menyediakan kerangka kukuh untuk usaha bersama dalam pendidikan reka bentuk, inovasi dan penganjuran pameran, menyemarakkan pertukaran kreatif dan peluang ekonomi.

“Pemeteraian ini adalah langkah penting dalam meningkatkan penyertaan Malaysia dalam inisiatif reka bentuk serantau serta memperkukuh hubungan dalam kalangan komuniti reka bentuk ASEAN dan Jepun,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Setiausaha Agung AJC, Dr Kunihiko Chris Hirabayashi berkata bahawa reka bentuk bukan sekadar fungsi, tetapi juga tentang jiwa.

“Ia juga mengenai otot halus yang menghubungkan manusia, budaya dan nilai bersama,” ujarnya.

Sementara itu, MRM turut menjemput AJC dan JDP untuk menjadi rakan strategik kepada KL Design Summit 2025 – Edisi ASEAN, berlangsung Disember ini di Kuala Lumpur.

image is not available

“Sidang kemuncak disokong oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ini dijangka menjadi acara reka bentuk terbesar di rantau ini, menumpukan kepada Reka Bentuk Industri, Fesyen dan Multimedia.

“Inisiatif ini juga merupakan antara usaha MRM dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia bagi tahun 2025, dengan menonjolkan peranan reka bentuk sebagai pemacu kerjasama dan inovasi serantau,” kata kenyataan itu lagi.

Dengan legasi melebihi 30 tahun, MRM terus menerajui pembangunan reka bentuk di peringkat nasional dan antarabangsa melalui pelaksanaan program yang berimpak tinggi dan kerjasama strategik.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved