Pacu kestabilan ekonomi, agama dan pendidikan

LocalPolitics
31 Dec 2024 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Kestabilan ekonomi, agama dan kualiti pendidikan harus diberi perhatian bagi memastikan aspek sosial serta kemasyarakatan dalam negara dapat dipelihara daripada sebarang perkara tidak diingini.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Nawi @ Mohd Nawi Ismail berkata, bagi aspek ekonomi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saf pimpinan Kerajaan Madani boleh meningkatkan lagi usaha menarik pelabur.

Menurutnya, Malaysia juga merupakan antara negara yang paling ramai menghantar pelajarnya ke luar negara dan semua itu memberi impak besar kepada negara serta masyarakat.

“Kejayaan mereka akan memberi sumbangan kepada negara mengikut kepakaran masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, usaha mempertingkatkan prestasi kehidupan kaum Melayu dan bumiputera serta melindungi hak-hak termasuk mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi juga perlu terus diperkasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved