Pacuan empat roda milik Exco Johor dilarikan pencuri

LocalPolitics
29 Oct 2024 • 10:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar tular video rakaman CCTV pacuan empat roda dilarikan pencuri.

image is not available
Hebahan mengenai pacuan empat roda yang hilang di Facebook Mohd Jafni.

KULAI - Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyata Hilux milik Exco Kerajaan Negeri Johor yang diletakkan di luar rumah di kawasan perumahan di Batu 21, di sini, dilaporkan dicuri pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 pagi.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan. Sehingga kini kenderaan terbabit masih belum ditemui dan tidak ada tangkapan yang dibuat setakat ini.

"Di hadapan rumah mangsa dipasang kamera litar tertutup (CCTV) namun kedudukannya jauh dari lokasi kenderaan itu diletakkan di luar pagar rumah," katanya dalam kenyataan.

**media[2868074]**

Sebelum itu, dalam hantaran di Facebook, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkongsi mengenai Toyota Hilux berwarna merah telah dilarikan.

"Dalam masa tiga minit, kereta Toyota Hilux 2.8cc boleh dicuri tanpa kunci.

"Mohon bantuan untuk laporkan sekiranya terjumpa boleh hubungi 011-69937976," tulisnya dalam hantaran tersebut.