Pad Tetikus Kaca Razer Atlas Pro Kini Ditawarkan Pada Harga RM599

TechnologyGaming
22 Apr 2026 • 12:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apabila bercakap mengenai bahan yang digunakan untuk membuat pad tetikus, nama seperti polystyrene ataupun getah lazimnya diperkatakan, tetapi tahukah anda, kaca juga merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan untuk membuat aksesori ini?

Hari ini, Razer memperkenalkan pad tetikus terbaru mereka yang dinamakan Razer Atlas Pro, iaitu pad tetikus yang diperbuat daripada kaca terbaja (tempered glass) yang mana Razer menjanjikan pengalaman menggunakan tetikus yang terbaik di pasaran sekarang.

image is not available

Pad tetikus kaca ini senipis 1.1mm termasuklah dengan tapak getah yang memastikannya tidak bergerak apabila digunakan secara agresif. Permukaan kaca terbaja yang licin memaksimakan kelancaran penggunaan tetikus, sangat sesuai untuk mereka yang mahukan pergerakan selancar yang mungkin, khususnya apabila mereka bermain permainan komputer penembak pertama kompetitif.

image is not available

Razer Atlas Pro hadir dalam saiz 500mm x 400mm, dan direka secara khusus untuk digunakan bersama tetikus dengan sensor optikal supaya tiada isu pergerakan tersekat dalam sesi permainan gaming yang tegang. Pad tetikus ini juga hadir dengan bucu yang dimesinkan untuk memastikan tiada bahagian tajam yang menyucuk pergelangan tangan pemain ketika sesi permainan.

image is not available

Tidak seperti banyak pad tetikus lain yang diperbuat daripada getah, permukaan pad Razer Atlas Pro ini juga mudah dibersihkan pada bila-bila masa sahaja dari debu atau sebarang kotoran lain dengan mudah dan boleh bertahan sepanjang hayat sekiranya anda menjaganya dengan baik.

Rekaannya yang minimalis juga membolehkannya dimuatkan diatas pelbagai permukaan yang gelap dan juga cerah, dan permukaan anti-gelincir di bahagian bawah pad tetikus ini memastikan pad tetikus ini langsung tidak bergerak sewaktu sesi gaming anda.

Pad tetikus kaca Razer Atlas Pro ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM599.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved