Pada Usia 42 Tahun, Song Jihyo Akui Dah Tak Tinggal Dengan Ibu Bapa Kini

Music
31 Jan 2024 • 11:32 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan mudah apabila seseorang itu memilih untuk tinggal berjauhan dengan keluarga.

Siapa yang meminati Song Ji-hyo pastinya tahu bahawa pelakon wanita itu sangat rapat dengan ahli keluarganya malah dia tak pernah tinggal berasingan bersama mereka sejak dari kecil lagi.

Pun begitu, wanita tersebut membuat pengakuan mengejut dalam episod terbaru “Running Man”. Katanya, dia mahu memasak makanan sihat buat Ji Suk-jin yang sakit dan menjemputnya ke rumah.

Tanya Haha,

Awak dah keluar dari rumah keluarga ke?

image is not available

Jawabnya perlahan,

Benar, baru sahaja.

Ramai menebak, mungkin Song Ji-hyo lebih senang hidup sendiri kini memandangkan kedua-dua ibu bapanya sibuk dengan perniagaan feri penumpang mereka di Tongyeong kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.