Padah Ambil Pil Perangsang Berlebihan, Lelaki Tanggung Derita Zakar Alami Ereksi 3 Hari

18 Oct 2023 • 9:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Padah Ambil Pil Perangsang Berlebihan, Lelaki Tanggung Derita Zakar Alami Ereksi 3 Hari

Seorang lelaki di Brazil terpaksa dimasukkan ke hospital selepas zakarnya dilaporkan mengalami ereksi selama tiga hari, lapor Daily Express.

Lelaki berusia 46 tahun itu difahamkan telah menelan beberapa biji pil perangsang secara sekali gus dalam masa yang sama.

Disebabkan alat sulitnya mengalami ereksi secara berterusan selama tiga hari, dia akhirnya terpaksa menebalkan muka pergi ke hospital bagi mendapatkan bantuan perubatan.

image is not available

Lelaki itu kemudiannya dimasukkan ke pusat jagaan segeri di Jaoa Pessoa, timur laut Brazil dalam keadaan “sakit yang teruk” di kemaluannya.

Disebabkan keadaannya yang teruk, lelaki itu terpaksa dipindahkan dengan ambulans ke Hospital Trauma di bandar itu pada Ahad lalu.

Imej yang dikongsikan memaparkan lelaki itu dibawa dari ambulans dengan menggunakan kerusi roda sambil drip air digantung disisinya.

image is not available

Pakar bedah hospital itu telah mencucuk di pangkal zakarnya untuk memastikan alirah darah di alat sulitnya mengalir dengan lancar semula.

Selepas keadaan lelaki itu stabil, dia dibenarkan keluar dari hospital itu sekitar jam 5 pagi pada Isnin lalu.

Pakar Urologi, Andre Brasileiro memberitahu media bahawa: “Seperti mana-mana ubat, ia perlu digunakan di bawah bimbingan pakar perubatan.

“Terdapat tabiat buruk dalam pengambilan ubat-ubatan secara sendiri, dan keadaan seperti ini adalah kesan daripadanya,” kata pakar Urologi tersebut.

Selain itu, Brasileiro turut menjelaskan bagaimana dos berlebihan yang diambil oleh lelaki itu telah menyebabkan dia mengalami priapisme secara rendah.

Di mana kejadian itu berlaku apabila darah kekal di ruangan ereksi dan tidak dapat mengalir dengan lancar.

“Apabila kita bercakap tentang punca berkaitan ubat tertentu, seperti penggunaan dos yang lebih tinggi daripada biasa. Apa yang terjadi ialah ereksi berlaku pada zakar perlu berehat kemudian membenarkan darah untuk mengalir masuk.

“Apabila pesakit mengambil dos yang tinggi daripada biasa, pengenduran berlaku secara berlebihan dan darah yang memasuki badan tidak mengalir. Seterusnya mengekalkan keadaan ereksi yang lama-kelamaan menjadi menyakitkan,” kata Brasileiro lagi.

Menurut pakar lagi, kesan sampingan ubat tersebut termasuk sakit kepala, loya, senak, hidung tersumbat dan rasa pening.