
Pasangan ini melakukan aksi wheelie di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat di Kota Bharu.
Padah Buat Aksi Wheelie, Pasangan Suami Isteri Bawah Umur Ini Berjaya Ditangkap Polis. Akibat buat aksi berbahaya atas jalan raya, penunggang motosikal yang membonceng seorang wanita dengan melakukan aksi wheelie kini telah menyerah diri kepada pihak polis
Suami isteri yang berusia 16 dan 17 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas aksi ‘wheelie’ yang dilakukan di Jalan Pasir Puteh, yang menjadi viral di media sosial.

Aksi ‘wheelie’ yang dilakukan oleh pasangan tersebut menimbulkan kebimbangan kepada pengguna jalan raya yang lain
Difahamkan bahawa keduanya telah menyerah diri pada jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.
Menurut kenyataan dari pihak polis, kedua pasangan sedondon berbaju biru muda ini telah melakukan aksi berbahaya di bawah kesalahan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kedua-dua individu yang ditahan akan dihadapkan ke mahkamah untuk diambil tindakan selanjutnya.
Pasangan tersebut hadir menyerah diri setelah dua hari menghilangkan diri dikenakan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan ditahan dalam lokap serta dibawa ke mahkamah majistretKota Bharu untuk permohonan tahanan reman.
Atas siasatan lanjut, kedua pasangan tersebut dikenakan tuduhan di bawah peruntukan undang-undang yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

Polis mengingatkan orang ramai, khususnya mereka yang mempunyai motosikal, agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya. Aksi ‘wheelie’ dan seumpamanya adalah salah satu jenis kesalahan jalan raya yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.


![Dek Terlalu Rindu, Pasangan Warga Emas Sanggup Jalan Kaki Untuk Bertemu Anak & Cucu Di Hari Raya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)