Padah Buka Klinik Gigi Palsu Dalam Kereta, ‘Doktor’ Bakal Dipenjara

13 Oct 2022 • 11:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gara-gara buka klinik pergigian secara haram dalam kereta, seorang wanita ditahan di ‘kliniknya’ yang terletak di tempat letak kereta di luar sebuah pusat beli belah di Bangkok, lapor The Thaiger.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap pegawai dari Bahagian Polis Perlindungan (CPPD) menerusi laman Facebook miliknya.

Segalanya bermula selepas seorang pegawai polis menyamar menjadi pelanggan yang datang ke klinik pergigian palsu sebelum polis melakukan serbuan ke lokasi kejadian.

Difahamkan pegawai tersebut membuat temu janji dengan pemilik kedai berusia 29 tahun itu di kawasan parkir pusat beli-belah berkenaan yang terletak di daerah Taling Chan.

‘Doktor gigi’ itu mengenakan bayaran RM309 untuk pendakap gigi palsu yang jauh lebih murah berbanding klinik pergigian yang berdaftar yang kebiasaannya dikenakan caj RM3,700 kepada pelanggan.

Wanita itu kemudiannya ditangkap di kawasan tempat letak kereta ketika dia sedang bersiap untuk pergi bekerja dengan kereta sedan miliknya.

image is not available
Gambar: FB Bahagian Polis Perlindungan (CPPD) Thailand

Hasil serbuan dan siasatan mendedahkan bahawa caj perkhidmatan klinik pergigian palsu itu bermula daripada RM213 dan suspek dikatakan berjaya memperoleh antara RM3,700 hingga RM4,900 sebulan.

Sehubungan itu antara barangan yang turut dirampas termasuklah alatan pergigian yang bernilai lebih RM6,100.

Jelas suspek, dia turut memiliki kedai fizikal di Pasar Sai Tai Mai yang berada di daerah yang sama, malah turut menyediakan servis dalam kereta sekiranya pelanggan tidak selesa untuk pergi ke kedai.

Menurut laporan Channel 8, pemilik kedai itu didakwa melanggar peraturan Lembaga Perlindungan Pengguna Thailand dengan menjual produk terlarang seperti pendakap yang terlalu bergaya serta palsu.

Justeru suspek wanita itu berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda dikenakan sebanyak RM74,000 sekiranya disabit kesalahan.

 

Sumber: The Thaiger