Padah Cabar Polis Tangkap Dirinya Menerusi Live Tiktok, Mat Rempit Akhirnya ‘Terciduk’

1 May 2023 • 9:19 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Kah kah nama pun adam kilat budak baru nak naik ke apa ni haha” – netizen

Padah Cabar Polis Tangkap Dirinya Menerusi Live Tiktok, Mat Rempit Akhirnya ‘Terciduk’. Kejadian malam tadi di Lebuhraya BKE menjadi perhatian ramai apabila seorang mat rempit yang dikenali sebagai ‘Adam Kilat’ mencabar polis untuk menangkap dirinya secara langsung di TikTok.

Tanpa diduga, undangan tersebut disambut oleh Unit MPV PDRM yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

image is not available
Padah Cabar Polis Tangkap Dirinya Menerusi Live Tiktok, Mat Rempit Akhirnya ‘Terciduk’

Mat rempit cabar polis untuk menangkap dirinya di Lebuhraya BKE menerusi TikTok secara ‘live’

Adegan kejar-mengejar yang berlaku antara polis dan suspek mendapat perhatian yang luas di media sosial. Video yang tular menunjukkan suspek menaiki motosikal dan cuba melarikan diri dari kejaran polis.

Polis yang berada di dalam kenderaan MPV segera mengambil tindakan dan menahan suspek. Aksi keberanian polis dalam menangkap suspek mendapat pujian dari netizen yang menganggap tindakan suspek sebagai satu penghinaan terhadap pihak berkuasa.

image is not available

Semoga jadi pengajaran

Aksi kejar mengejar dan tangkapan mat rempit tersebut turut sempat dirakam menerusi Live Tiktok milik akaun Adam Kilat itu sendiri.

Kejadian ini menjadi pengajaran buat semua pihak bahawa tindakan mencabar atau menghina pihak berkuasa adalah tidak bermoral dan boleh membawa kepada kesan yang tidak diingini.

image is not available

Polis sentiasa bersedia untuk melindungi rakyat dan menjamin keselamatan di negara ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama bekerjasama dengan pihak berkuasa dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan untuk kebaikan bersama.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: