Padah curi telefon RM600, pemuda didenda RM6,000

1 Jun 2023 • 12:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemuda didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah mencuri sebuah telefon bimbit bernilai RM600, bulan lepas. - Gambar hiasan

JELEBU - Seorang pemuda didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah mencuri sebuah telefon bimbit bernilai RM600, bulan lepas.

Tertuduh, Muhammad Hakimi Hiqbal Mohd Shafie, 21, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Majistret turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah mencuri sebuah telefon bimbit jenama Honor 20 Lite milik seorang individu berumur 36 tahun yang dianggarkan bernilai RM600.

Perbuatan itu dilakukan pada 28 Mei lepas di sebuah salun rambut di Kuala Klwang di sini antara jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved