Padah Ekzos Bising, Tiga Remaja Lelaki Ditahan Polis Ubah Suai Motosikal Di Dalat

10 Jan 2023 • 6:56 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ditahan dalam Op Motosikal Ekzos Bising

Padah Ekzos Bising, Tiga Remaja Lelaki Ditahan Polis Ubah Suai Motosikal Di Dalat. Padah ubah suai ekzos, tiga pemuda bersama motosikal mereka ditahan Polis Dalat dalam Op Motosikal Ekzos Bising di sekitar Pekan Dalat di sini semalam.

image is not available
Padah Ekzos Bising, Tiga Remaja Lelaki Ditahan Polis Ubah Suai Motosikal Di Dalat. Sumber: Borneo Network

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dalat dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, operasi itu ini melibatkan seorang Pegawai Kanan Polis dan empat anggota lain-lain pangkat.

Ganggu ketenteraman awam

“Operasi ini dijalankan untuk memfokuskan motosikal yang menggunakan ekzos bising dan juga diubah suai yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

image is not available

“Dalam operasi ini tiga motosikal telah diperiksa dan ditahan dalam operasi tersebut kerana kesalahan ubah suai ekzos,” katanya.

Didapati bersalah dan dikenakan saman

Tegasnya, ketiga-tiga penunggang dan motorsikal berkenaan telah dibawa ke IPD Dalat untuk diperiksa dan dikenakan tindakan saman.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Bunyi Bising Kenderaan Motor ) 1987 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal ) 2003.

image is not available

Selain itu, orang ramai juga perlu mematuhi peraturan jalan raya khususnya pemilik motosikal supaya tidak mengubahsuai ekzos yang mengeluarkan bunyi bising sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Baca lagi artikel terkini di sini: