Padah halang ambulans, lima remaja ditahan

LocalPolitics
28 Oct 2025 • 9:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 28 Okt: Polis menahan lima remaja lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan menghalang laluan sebuah ambulans di KM 249 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, dekat Kuala Kangsar, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata kejadian berlaku pada 3.15 petang 19 OktOber lalu ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perjalanan ke lokasi kemalangan di KM 260 lebuh raya itu.

“Pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak menahan lima suspek berusia 17 tahun dengan motosikal digunakan di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 3 petang semalam hingga 9 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisam berkata lima remaja itu direman dua hari bermula hari ini, dengan perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Kuala Kangsar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Noor Hisam menyeru masyarakat supaya lebih prihatin dan menyalurkan maklumat kejadian melanggar undang-undang supaya tindakan diambil untuk dijadikan pengajaran serta menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

- BERNAMA