Padah Halang Ambulans, Sebuah Kenderaan Dikenakan Tindakan Polis Di Sri Aman

6 Jan 2024 • 5:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemandu kenderaan telah dikenakan tindakan

Padah Halang Ambulans, Sebuah Kenderaan Dikenakan Tindakan Polis Di Sri Aman. Semalam, tular sebuah video di mana sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara telah bertindak mementingkan diri sendiri dengan tidak memberikan laluan kepada kenderaan ambulans.

Kejadian yang berlaku di KM 6 Jalan Sri Aman/Kuching itu berlaku apabila ambulans berkenaan sedang dalam kecemasan membawa pesakit ke hospital Sri Aman.

image is not available
Padah Halang Ambulans, Sebuah Kenderaan Dikenakan Tindakan Polis Di Sri Aman

Oleh demikian, pihak polis telah mengambil tindakan bagi mengesan pemandu kenderaan tersebut di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans.

image is not available
Sumber foto: FB Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak

Orang ramai dinasihati patuhi undang-undan jalanraya

Dalam kenyataan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak, pihak mereka telah menasihati semua pengguna jalanraya untuk mematuhi undang-undang serta peraturan jalanraya dan semua lalu lintas.

Orang ramai hendaklah peka apabila apabila diberi amaran tentang kehadiran apa-apa ambulans, kenderaan bomba, kenderaan polis dengan memberi laluan lapang kepada kenderaan tersebut.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/mayat-wanita-tanpa-kepala-kaki-dan-tangan-ditemui/

https://www.iloveborneo.my/anggota-polis-pangkat-srjan-direman-tipu-wang-hampir-setengah-juta/