Padah Ikut Rapat Belakang Ambulans, Pemandu Kereta Dapat Malu Selepas Gambar Diambil Depan-Depan [Video]

Cars
6 Sep 2022 • 3:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kepentingan memberi laluan kepada kenderaan seperti Ambulans, Bomba, dan Polis telah diajar sejak di bangku sekolah lagi, namun masih ada segilintir rakyat Malaysia yang kurang peka mengenai hal ini.

Tidak hanya di sekolah, malah ketika ingin mengambil ujian memandu turut ditekankan mengenai kepentingan mengutamakan kenderaan yang sedang dalam tugasan.

Akta Pengangkutan Jalan Raya 1978

Malah, turut ada hukuman denda, gantung (lesen) dan penjara bagi pemandu yang tidak memberi laluan kepada ambulans di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1978.

Malangnya masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak cakna mengenai hukuman menghalang ambulans yang sedang dalam tugasan.

Ambulans sedang melalui lorong kecemasan

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @hikumi_85, kelihatan rakaman dari kamera bahagian belakang ambulans yang sedang melalui lorong kecemasan ketika di dalam tugas.

“Siapa nak saya tangkap gambar, ikut lah belakang ambulans lagi. Bahaya ikut rapat-rapat, apa jadi kami (pihak hospital) tak tanggung,” tulisnya di kapsyen.

Honda City ikut rapat belakang ambulans

Pada video sama, kelihatan sebuah Honda City berwarna putih sedang mengekori rapat daripada belakang dengan keadaan menyalakan lampu kecemasan.

Pemandu ambulans yang sedar akan kenderaan tersebut, secara perlahan-lahan berhenti dan keluar untuk mengambil gambar pemandu kereta tersebut.

Netizen menyelar tindakan pemandu itu dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan tindakan yang diambil pemandu ambulans terbabit.

Dalam pada masa yang sama, mereka juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan pada pemandu kereta tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Source: