Padah intai anak jiran mandi, lelaki direman tiga hari

LocalPolitics
3 Oct 2024 • 4:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek direman tiga hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes merakam anak gadis jirannya ketika mandi.

MELAKA - Seorang lelaki direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis bagi membantu siasatan kes merakam anak gadis jirannya ketika mandi.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 54 tahun itu sehingga Sabtu ini dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Melaka, Loh Xian Yi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, berdasarkan maklumat, perbuatan jijik lelaki itu disedari mangsa berusia 27 tahun ketika dia sedang mandi di bilik air rumahnya di Taman Seri Duyong di sini, pada Khamis lalu.

Menurutnya, dalam kejadian jam 9 malam itu, pengadu ternampak kelibat tangan yang berada di tingkap bilik air sedang memegang telefon bimbit ketika dia sedang mandi.

"Wanita terbabit terus menjerit dan memberitahu adik lelaki yang kemudian keluar untuk memeriksa bagaimanapun suspek telah melarikan diri.

"Pengadu kemudian bersama bapanya melihat semula rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati kelibat suspek dipercayai penduduk yang dikenali," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Tambahnya, rakaman CCTV itu turut memaparkan suspek menceroboh masuk ke rumah mereka dengan memanjat pagar di belakang rumah.

Ujarnya, pengadu terus membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dan aib diri pengadu serta keluarganya.

"Suspek yang tinggal di taman yang sama datang ke balai polis sebelum ditahan pada jam 8.30 malam Rabu," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan /14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved