Padah keluar dengan isteri orang, lelaki dipukul sampai masuk hospital

18 Jun 2024 • 9:53 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki yang usianya sudah hampir ‘bau-bau tanah’ telah menjadi mangsa pukulan dalam satu insiden yang berlaku di Bahau, Jempol.

Kejadian yang pada Sabtu lalu itu dipercayai berpunca daripada rasa cemburu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook mendedahkan, mangsa yang berusia 50 tahun itu dipukul dengan sebatang kayu. Selain itu, cermin hadapan van milik mangsa turut rosak akibat tindakan suspek.

“Kejadian berlaku bersebelahan sebuah hotel dengan suspek berusia 50 tahun menggunakan kayu yang diambil di tepi jalan.

“Mangsa dirawat di Hospital Jempol. Siasatan awal mendapati, suspek berang dengan mangsa yang selalu keluar dengan isteri suspek,” katanya.

Mangsa dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM300 akibat kerosakan pada van tersebut.

Suspek kini ditahan reman dan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda.

Sumber: Harian Metro