Padah letak kenderaan sesuka hati, 75 dikompaun, 24 kena tunda

14 Jun 2023 • 5:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah kereta yang ditunda selepas di parkir di bahu jalan. - Foto Facebook DBKL

image is not available
Antara kenderaan yang dikompaun kerana diletakkan bukan dalam kawasan parkir. - Foto Facebook DBKL

KUALA LUMPUR - Tindakan pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan secara sesuka hati membawa padah selepas dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi operasi dijalankan.

Sebanyak 75 kompaun dan 24 kenderaan ditunda menerusi Operasi Bersepadu Halang Siri 3/2023 yang dijalankan di Jalan Klang Lama, Jalan Dutamas, Jalan Changkat Bukit Bintang, pada malam Selasa.

DBKL memaklumkan, tindakan itu dilaksanakan di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan halangan lalu lintas termasuk meletak kenderaan di laluan awam dan tempat yang tidak dibenarkan.

**media[2231349]**

"Kenderaan yang ditunda telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk penyimpanan sementara dan proses dokumentasi.

"Tindakan bersepadu ini akan diteruskan di lokasi tumpuan yang lain," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Rabu.

Justeru katanya, pengguna jalan raya diingatkan agar mematuhi peraturan dan isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan pihak berkuasa bagi mengelakkan dikenakan tindakan.