Padah rakam video wanita tukar pakaian, penganggur didenda RM3,500

LocalPolitics
27 Jan 2025 • 3:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Seorang lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengaibkan kehormatan seorang wanita warga Indonesia dengan merakam video mangsa yang sedang menukar pakaian di bilik persalinan sebuah kedai barangan sukan, Jumaat lepas.

Majistret Aina Azahra Arifin turut mengarahkan Wan Muhammad Haziq Danial Wan Ali, 24, dihukum penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di premis berkenaan yang terletak di sebuah pusat beli-belah di sini pada 9.20 malam, 25 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Terdahulu, lelaki itu yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda minimum atas alasan tidak bekerja dan perlu menanggung keluarga namun Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh mencadangkan hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved