Padah Rogol Anak Perempuan 16 Tahun, Bapa Dipenjara 20 Tahun Di Sibu

10 Oct 2024 • 3:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hukuman berat untuk bapa yang rogol anak sendiri

Padah Rogol Anak Perempuan 16 Tahun, Bapa Dipenjara 20 Tahun Di Sibu. Seorang lelaki berusia 45 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan kesalahan seksual terhadap anak perempuannya.

Hakim Musyiri Peet turut memerintahkan tertuduh untuk dikenakan empat kali sebatan rotan. Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa merogol anak perempuannya yang berusia 16 tahun pada sekitar jam 12.30 pagi, 1 Januari, di sebuah rumah yang tidak bernombor di Jalan St Francis Xavier Mission, Kanowit.

image is not available
Padah Rogol Anak Perempuan 16 Tahun, Bapa Dipenjara 20 Tahun Di Sibu

Sementara itu, untuk pertuduhan kedua yang dikenakan di bawah Seksyen 14(A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, tertuduh didapati melakukan sentuhan seksual terhadap anak yang sama pada 24 Disember 2023, menurut laporan media tempatan.

Hakim Musyiri menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman sebatan sebanyak empat kali, dengan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak.

Baca juga artikel yang berkaitan: