Padah Rogol Dua Anak Kandung, Lelaki Dihukum Penjara 36 Tahun Dengan 20 Sebatan

10 May 2023 • 5:45 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Seorang bapa anak lima dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dengan 20 sebatan oleh mahkamah rayuan kerana merogol dua anak perempuannya yang di bawah umur.

Tertuduh dilaporkan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap dua orang anak perempuannya yang masing-masing berumur 15 dan 13 tahun pada pertengahan 2017 dan Januari 2020.

Rayuan Atas Alasan Hukuman Berlebihan

Mahkamah Sesyen Segambut Johor sebelum ini telah menjatuhkan hukuman 40 tahun penjara dan 24 sebatan pada 20 Mei 2020 selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

Namun, peguam Ameerul Aizat Noor Haslan yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah mengurangkan hukuman ke atas anak guamnya atas alasan hukuman yang dikenakan adalah berlebihan dan turut memohon agar hukuman 24 sebatan dapat dikurangkan.

Permohonan rayuan kemudiannya dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Muar pada 24 Disember 2020 sebelum permohonan itu ditolak dan dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim mahkamah rayuan yang terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Lim Chong Fong membenarkan rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara dan sebatan ke atasnya.

Hakim Kamaludin yang mengetuai panel, bersetuju untuk mengurangkan tempoh penjara kepada 18 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Timbalan pendakwa raya, Fauziah Daud berpendapat hukuman itu adalah wajar dijalankan secara berasingan kerana ia melibatkan dua orang mangsa.

Source: