Padah salah guna kad fleet seludup diesel bersubsidi

LocalPolitics
23 Oct 2024 • 9:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tindakan seorang lelaki menyalahgunakan kad fleet membeli minyak diesel dengan harga subsidi untuk diseludup ke negara jiran mengundang padah apabila dicekup anggota PGA Kuala Terengganu di Jalan Kasban, Kampung Tualang, Tumpat pada Selasa.

TUMPAT - Tindakan seorang lelaki menyalahgunakan kad fleet membeli minyak diesel dengan harga subsidi untuk diseludup ke negara jiran mengundang padah apabila dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di Jalan Kasban, Kampung Tualang di sini pada Selasa.

Lelaki berusia 58 tahun itu ditahan semasa memandu lori pada jam 8 pagi menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan menemui lebih 80 liter minyak diesel yang disorok di dalam tangki yang diubah suai.

"Kami turut merampas tiga keping kad fleet berserta resit belian yang digunakan untuk membeli minyak diesel dengan harga subsidi.

"Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup bahan bakar tersebut ke negara jiran," katanya pada Rabu.

Menurutnya, anggaran nilai keseluruhan rampasan ialah RM100,236 dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata, suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Kompeni Taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved