Padah Seludup Dadah Bernilai RM145,978, Ibu Dan Anak Diberkas Polis Di Miri

4 Oct 2023 • 4:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anak beranak bersekongkol seludup dadah

Padah Seludup Dadah Bernilai RM145,978, Ibu Dan Anak Diberkas Polis Di Miri. Polis merampas sejumlah dadah bernilai RM57,500 selepas menahan seorang ibu dan anak lelakinya dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Tudan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dilakukan ke atas wanita warga emas berusia 60 tahun dan anak lelakinya, 39 tahun.

image is not available
Padah Seludup Dadah Bernilai RM145,978, Ibu Dan Anak Diberkas Polis Di Miri. Kredit: Facebook

Menurut Alexson, tangkapan sekitar 8.30 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sarawak.

Katanya, hasil serbuan tersebut telah menjumpai dan merampas satu kotak berwarna putih kebiruan dan dua beg plastik hitam.

image is not available
Gambar hiasan

Hasil siasatan mendapati di dalamnya terdapat paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 287.50 gram bernilai RM57,500.

“Susulan tangkapan dan rampasan ini juga, turut disita sebuah motosikal jenama Benelli.

“Selain itu, beberapa utas barang kemas dan sejumlah wang tunai. Sitaan keseluruhan berjumlah RM88,478.

image is not available

“Jumlah rampasan dan sitaan adalah RM145,978,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca lagi artikel menarik: