Padah simpan, baiki jentera berat tanpa lesen, peniaga dikompaun RM2,000

15 Sep 2023 • 6:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 15 SEPT : Seorang peniaga dikompaun oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana menjalankan aktiviti menyimpan dan membaiki jentera berat tanpa lesen.

MPK menerusi Facebook memaklumkan ketika serbuan ke premis di Jalan Benteng, Kampung Perepat, Klang mendapati kerja membaiki jentera sedang dijalankan.

“Siasatan selanjutnya mendapati premis ini beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah dari MPK. Justeru, sebanyak dua kompaun dikeluarkan kepada pemilik.

“Setiap kompaun bernilai RM1,000 dan sekiranya gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis, tindakan mahkamah akan dikenakan,” katanya.

MPK memaklumkan peniaga berkenaan dikenakan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPK) 2007.

image is not available
Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu sebuah premis yang dipercayai menyimpan dan membaiki jentera berat di Jalan Benteng, Kampung Perepat, Klang pada 14 September 2023. Foto Facebook MPK

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved