Padah Tak ‘Declare’ Bawa Vacum Dyson Masuk Malaysia, Lelaki Singapura Terpaksa Berhabis RM817

LocalBusiness & Finance
29 Apr 2025 • 6:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Vakum merupakan salah satu peralatan elektronik yang digunakan untuk mengemas rumah seperti menyedut segala habuk dan sebagainya.

Malah sebut mengenai vakum terdapat banyak jenama yang ditawarkan di pasaran dengan pelbagai harga dari murah sehinggalah yang mahal.

Namun tak dinafikan segelintir individu pasti menyimpan hasrat untuk memiliki vakum dari jenama tertentu disebabkan prestasinya yang baik dan jenama yang gah sebagai contoh Dyson.

Lelaki dikenakan cukai RM817 kerana bawa vakum Dyson ke Malaysia

Baru-baru ini seorang lelaki warga Singapura telah berkongsi pengalamannya apabila dikenakan denda iaitu perlu membayar cukai RM817 disebabkan membawa masuk vakum Dyson ke Malaysia.

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika individu berkenaan memandu daripada Singapura untuk memasuki Malaysia.

Lelaki itu memaklumkan dia tidak membawa sebarang barangan melainkan sebuah vakum tanpa wayar (cordless vacuum) yang baharu dibelinya (unopened box) dan diletakkan di dalam sebuah beg galas tanpa memikirkan ia akan menarik perhatian.

Walau bagaimanapun, dia yang tiba bersama kumpulannya itu telah diberhentikan untuk pemeriksaan oleh pegawai kastam Malaysia.

Susulan itu, seorang pegawai lelaki yang menjalankan pemeriksaan dengan mesra telah memaklumkan kepada individu berkenaan dia akan dikenakan cukai bernilai RM817.28 kerana alat elektronik tersebut.

Terkejut dengan nilai cukai yang dimaklumkan oleh pegawai berkenaan, dia kemudian bertanya “tidakkah jumlah itu terlalu tinggi?”

Tak isytihar bawa barangan Dyson dan dianggap sebagai cubaan menyembunyi

Pegawai lelaki itu kemudiannya menjelaskan kepada warga Singapura itu dia telah menggunakan ‘saluran hijau’ untuk masuk ke negara ini yang bermakna dia tiada sebarang barangan yang ingin diisytiharkan.

Perkara ini dianggap sebagai cubaan menyembunyi yang disengajakan bagi barangan yang tidak diisytiharkan.

Mengikut peraturan Kastam Malaysia, kes seperti ini memerlukan pembayaran harga asal item ditambah penalti sebanyak 20% dan cukai 10% yang berjumlah kira-kira 30% dalam denda dikenakan.

image is not available
Foto: Reddot

Pegawai kastam tegaskan ia adalah caj minimum, jika enggan bayar boleh didenda sehingga RM5,000

Lelaki Singapura itu bagaimanapun cuba untuk berunding dengan pegawai berkenaan. Namun pegawai itu kemudian memanggil seorang wanita yang juga rakan sekerjanya.

Pegawai wanita terbabit lalu menegaskan cukai yang dikenakan adalah caj minimum.

Malah dia turut memberi amaran sekiranya individu berkenaan enggan untuk membuat pembayaran, dia boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 dan kes boleh disiasat atas cubaan menyembunyikan barang yang tak diisytiharkan.

Bukan hanya itu, wanita tersebut turut mengegaskan ‘peraturan adalah peraturan’.

Lelaki warga Singapura terus tanya mana perlu bayar cukai

image is not available
Foto: Foodie SG

Mendengar perkara itu, dia kemudian tidak menyoal banyak dan hanya bertanya di manakah dia perlu membuat pembayaran.

Lelaki Singapura itu turut mengakui dia kecewa dan tahu perbuatan menyembunyikan barangan adalah salah.

Dia dan kumpulan tersebut bagaimanapun menjadikan perkara itu sebagai pengajaran serta mengingatkan diri masing-masing untuk sentiasa berhati-hati dengan peraturan kemasukan di masa hadapan.

Perkongsian lelaki itu kemudiannya menjadi tular dan menjadi perhatian, malah ramai yang turut berkongsi pernah berdepan situasi sama.

Source: