
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap hari pasti ada sahaja kemalangan jalan raya yang akan berlaku, sama ada insiden ringan atau hingga meragut nyawa.
Lebih menyedihkan apabila pemandu-pemandu yang tidak bersalah menjadi mangsa atas kecuaian individu lain.
Malah, pengguna jalan raya yang lain juga akan terkesan apabila kesesakan berlaku sejurus kemalangan.
Tidak dinafikan, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, bahkan ia masih berlaku sehingga hari ini.
Axia dipandu melulu hingga berlaku kemalangan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah Perodua Axia Style dipandu secara melulu sehingga berlaku kemalangan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Facebook Community Roda Johor, kejadian terbabit dilaporkan berlaku di sebuah jalan di Skudai.
Dalam klip rakaman terbabit, kelihatan Axia berkenaan bergerak secara laju dari arah belakang merempuh dua kenderaan di hadapannya sebelum berpusing dan terlanggar sebuah lagi kereta yang berada di lorong kanan.
Pemandu Axia didakwa bawa secara bahaya, mencilok ketika hujan lebat
Seorang pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian dikenali sebagai Aniq telah berkongsi keadaan selepas kemalangan terbabit di akaun TikTok miliknya.
Menurutnya, pemandu Axia yang merupakan seorang lelaki itu didakwa memandu secara berbahaya ketika hujan lebat.
“Bawa kereta macam ular (mencilok), jalan licin hujan lebat, nyaris kau sebat (langgar) kereta aku, 3 buah kereta kau langgar,” tulisnya di kapsyen.
Dalam video sama, Aniq turut berkongsi keadaan di jalan berkenaan yang sesak akibat kemalangan itu.
Malah, kelihatan juga pemandu terbabit seolah-olah sedang memeriksa keadaan bateri keretanya selepas insiden.
Bawa kereta mcm ular , jalan licin hujan lebat, nyaris ko nak sebat kereta aku , 3 biji ko langgar #fypシ゚viral #johordarultakzim
Ramai kecam sikap pemandu Axia yang memandu secara berbahaya
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu Axia terbabit kerana telah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Orang ramai turut mempersoal tindakan lelaki terbabit yang kononnya ingin memeriksa keadaan bateri keretanya selepas kemalangan.
Ada juga yang mendakwa bahawa kebanyakan pemandu-pemandu kereta marhaen seperti Axia, Bezza, Myvi, Saga, City selalu berlagak seakan memandu ‘supercar’ di atas jalan raya.
Tak kisah kereta apa pun korang pandu, memandu secara berhati-hati dan mengikut peraturan adalah perkara yang harus dilakukan demi keselamatan bersama.




Source:

![“2 Hari Dia Tipu” – Pemilik Restoran Buat Report Polis, Dakwa Pelanggan Bayar Makanan Guna Resit Palsu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

![JAKIM Teliti Kenyataan Hadi “Kemenangan Politik Lebih Utama Daripada Tunai Umrah & Haji” [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)

