Padah Tipu Polis Dakwa Kereta Dicuri, Lelaki Dari Kuching Didenda RM1500

24 Aug 2023 • 4:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Demi tuntut wang insurans

Padah Tipu Polis Dakwa Kereta Dicuri, Lelaki Dari Kuching Didenda RM1500. Padah membuat laporan polis palsu mendakwa keretanya hilang dicuri orang semata-mata hendak menuntut wang insuran, seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ho Seng Chin, 34, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

image is not available
Padah Tipu Polis Dakwa Kereta Dicuri, Lelaki Dari Kuching Didenda RM1500. Kredit: Suara Sarawak

Menurut laporan dari Suara Sarawak, dia didakwa telah membuat laporan palsu di hadapan seorang anggota polis berpangkat koperal di Balai Polis Tabuan Jaya, kira-kira jam 9.30 malam, 10 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan pegawai polis mengetuai pasukan menjalankan siasatan berhubung satu laporan mengenai kehilangan sebuah kereta yang dilaporkan tertuduh.

image is not available

Hasil siasatan mendapati tertuduh dengan niat membuat laporan polis palsu untuk mendapatkan tuntutan dari pihak insuran.

image is not available

Selain itu, laporan yang dibuat oleh tertuduh adalah tidak benar dan kehilangan kenderaannya adalah rekaan semata-mata.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik: