Padah Tunjuk Jari Tengah Pada Polis Wanita, Warga Asing Ditahan

1 Sep 2022 • 2:55 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Disaat warga Malaysia sedang hangat dan riuh meraikan Hari Kemerdekaan negara ke-65, berlaku satu kejadian yang agak biadap terhadap anggota polis negara.

Tindakan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis yang sedang bertugas mengundang padah apabila dicekup dalam kejadian di Lot 10, Bukit Bintang di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di hadapan pusat beli belah kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

“Susulan itu, polis telah menahan serta membuka kertas siasatan ke atas suspek lelaki bukan warganegara yang berusia 39 tahun berkenaan.

“Lelaki terbabit kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dellhan, polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang di negara ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved