Padah Ukir Nama Awek Di Dinding Kolosseum, Lelaki British Berdepan Penjara 5 Tahun

7 Jul 2023 • 1:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Umum sedia maklum, kolosseum ialah Tapak Warisan Dunia yang diwartakan UNESCO yang tidak boleh sewenang-wenangnya diubah suai mahupun membuat vandalisme.

Pun begitu, seorang lelaki British bakal berdepan hukuman penjara selama lima tahun selepas mengukir namanya dan pasangan di dinding bangunan bersejarah Kolessseum, Itali.

Mengikut laporan media luar, lelaki tersebut merupakan seorang jurulatih kecergasan berbangsa Bulgaria dan kini menetap di United Kingdom.

Pihak polis Itali memaklumkan pasangan tersebut tinggal di Rom namun, pihak berkuasa percaya mereka telah meninggalkan Itali selepas membuat kesalahan tersebut.

image is not available

Bukan itu sahaja, polis mendedahkan lelaki tersebut telah membuat permohonan maaf dan menyesal dengan tindakannya ketika dihubungi.

Difahamkan, lelaki tersebut boleh dikenakan denda sehingga £12,850 (bersamaan kira-kira RM 76,200) dan berkemungkinan akan dipenjarakan antara dua hingga lima tahun jika disabit kesalahan.

Sumber: Twitter @Daily Loud

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved