“Padahal Dorang Fasih Sangat English” – Netizen Puji Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Didik Anak Cakap Melayu

8 Apr 2023 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan selebriti Aiman Hakim Redza dan Zahirah Macwilson memang fasih berbahasa Inggeris namun tidaklah mereka kekok untuk bercakap dalam bahasa Melayu.

Bagaimanapun, mereka baru-baru menjadi sebutan ramai disebabkan video yang dimuat naik oleh Zahirah di TikTok yang mempamerkan anak mereka, Isaac.

Menerusi rakaman itu, Zahirah dan Isaac dilihat bercakap di antara satu sama lain dengan bahasa Melayu dan gelagat anaknya juga turut meraih perhatian ramai.

Ramai peminat memuji Isaac yang fasih berbahasa Melayu begitu juga Zahirah ketika bercakap dengan anaknya, apatah lagi video itu adalah kali pertama mereka mendengar Isaac petah dan bercakap Melayu.

Rata-ratanya memuji Aiman dan Zahirah kerana mendidik anak lelaki mereka bercakap bahasa ibunda walhal pasangan itu memang seperti yang kita tahu fasih berbahasa Inggeris.

image is not available

image is not available 2 minggu lalu

(VIDEO) "Tak Pernah Fikir Jadi Macam Ni" - Ibu Sedih Anak 'Dipulau' Rakan Sekelas Kerana Tak Fasih Bahasa Melayu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved