
Sebelum ini, seorang founder dan pempengaruh, Iddin Syah mendakwa Che Ta Pot Pet berhutang dengannya sebanyak RM150,000 dan tidak membayarnya semula.
Malah, Iddin juga pernah merakamkan video ketika dia terserempak dengan kakak Che Ta dan bertanyakan tentang hutangnya itu.
"Alang-Alang Terserempak, Duit Aku RM150K!" - Kecoh! 'Founder' Kejar Kakak Selebriti Wanita Tuntut Hutang
Terbaru, Che Ta yang merupakan pengasas produk kosmetik serta penyanyi itu telah memfailkan saman fitnah sebanyak RM16 juta terhadap Iddin.
Difahamkan, Che Ta atau Rozita Baharom, 36, juga membuat permohonan injuksi agar usahawan itu berhenti memuat naik kenyataan dan memadam posting termasuklah video didakwa berunsur fitnah terhadapnya sejak Julai lepas.
Menurut peguamnya, K Mahendran anak guamnya turut menuntut permohonan maaf daripada Iddin secara terbuka di media sosial termasuk TikTok dan Instagram.
Kami juga telah mendapatkan injuksi terhadap defendan untuk memadam segala video yang memburukkan nama anak guam saya di mana-mana platform sehingga kes selesai serta-merta.”
Mahkamah menetapkan tarikh 4 September ini untuk pendengaran inter-parte antara kedua belah pihak berhubung tuntutan itu.
The post “Padam Semua Video” – Didakwa Berhutang RM150K, Che Ta Pot Pet Saman Fitnah Iddin Syah RM16 Juta! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

