Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari depan

16 Nov 2023 • 12:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Padang Dataran Merdeka akan ditutup berkuat kuasa pada Rabu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu berkuat kuasa Rabu, 15 November 2023.

Menurutnya, tiada sebarang aktiviti dibenarkan sepanjang kerja penyelenggaraan dilakukan.

"Sehubungan itu, sebarang permohonan tempahan untuk penggunaan padang Dataran Merdeka akan dibekukan sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan," katanya menerusi kenyataan.

DBKL turut memaklumkan, kerja penyelenggaraan hanya melibatkan kawasan padang manakala fasiliti lain seperti jalan dan parkir di dataran masih boleh digunakan seperti biasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved