

Seperti sedia maklum, padi sememangnya ditanam secara meluas di Malaysia, khususnya di negeri-negeri utara tanah air. Namun keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat dan kemarau membawa kepada ‘malapetaka’ yang meresahkan petani. Lebih parah jika berlaku kejadian banjir yang boleh menenggelamkan sawah.
Implikasinya, tanaman padi rosak akibat banjir tersebut dan mendatangkan kerugian kepada petani.

Menurut laporan Bernama, seluas 5,388.63 hektar dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah terjejas di kedua-dua negeri itu. Manakaka, petani di kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu, Jitra dianggarkan rugi lebih RM2 juta apabila hampir keseluruhan kawasan seluas 232 hektar tenggelam akibat banjir.
Keadaan ini tentulah amat merisaukan terutama apabila para pesawah bukan sahaja hilang sumber pendapatan, tetapi terpaksa menanggung kerugian. Malah, untuk bangkit semula mungkin perlu mengambil masa yang lama.
Bagaimanapun, nasib pesawah ini sentiasa mendapat perhatian kerajaan, bahkan pelbagai inisiatif telah diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu mereka.
Salah satu inisiatif tersebut ialah Skim Takaful Tanaman padi yang bertujuan untuk melindungi pesawah daripada terjejas akibat faktor luar kawalan seperti bencana banjir.
Untuk pengetahuan, skim patuh syariah ini merupakan sebahagian daripada Belanjawan 2024, dengan dana permulaan RM50 juta.

Skim Takaful Tanaman Padi (STTP)
Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) merupakan satu skim yang menggantikan Tabung Bencana Tanaman Padi dan mampu untuk mengurangkan beban kerugian yang ditanggung akibat bencana alam, seperti yang dilaporkan oleh portal Berita RTM pada Jun lalu.. Menariknya, ia akan menyediakan perlindungan tanaman padi yang lebih baik kepada pesawah individu yang berdaftar sehingga RM3,000 semusim per hektar bagi bencana alam.
STTP merupakan yang pertama dilancarkan di Asia Tenggara dan memberi manfaat yang lebih kepada pesawah.
Selain bencana alam, setiap pesawah juga boleh mendapat perlindungan hingga RM1,500 daripada jumlah perlindungan asal semusim per hektar jika tanaman rosak akibat serangga dan penyakit. Semestinya, jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tabung bencana sedia ada.
Dalam pada itu, kerajaan menanggung sepenuhnya bayaran premium RM120 setahun bagi setiap hektar untuk dua musim penanaman.
Skim ini terbuka kepada semua pesawah individu di seluruh negara yang mendaftar dengan agensi yang diiktiraf Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Untuk mendaftar, para pesawah boleh mendapatkan borang takaful di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan yang berhampiran.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Skim Takaful Tanaman Padi ini, layari laman web MOF.
The post “Padi Rosak Sebab Banjir,” Realiti Petani Je Faham, Tapi Boleh Elak Rugi Kalau Pandai Buat Cara Ni appeared first on Siakap Keli.


![Gelagat Sekumpulan Lelaki Dimarahi Ibu Kerana Mandi Air Banjir Undang Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
