‘Padu baq hang’ – Lelaki pecah rekod baharu, habiskan nasi kandar RM400 di NKS

LocalFood
23 Sep 2024 • 5:07 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Bagi penggemar nasi kandar, sudah pastinya tertunggu-tunggu hantaran daripada Nasi Kandar Sulaiman yang sentiasa mengemas kini hantaran mengenai inidvidu yang berjaya memecah rekod di restoran berkenaan.

Sebelum ini, beberapa individu berjaya memecah rekod dengan memesan pelbagai aneka lauk yang terdapat di Nasi Kandar Sulaiman.

Terbaharu, seorang lelaki berjaya memecah rekod dengan menghabiskan nasi kandar bernilai RM400! Padu habaq hang!

https://www.tiktok.com/@nasikandarsulaiman/video/7416616800713985288?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7412435204638197256

Bukan satu pinggan, tetapi individu berkenaan memesan satu talam yang dipenuhi dengan nasi, sayur, ikan, sotong, telur masin, ayam , dan macam-macam lagi.

Menu yang berjaya dihabiskan itu katanya telah dibelanjakan oleh rakan baiknya.

“RM400, pecah rekod. Proses boh nasi dan lauk atas talam. Biggest nasi kandaq plate ever.

“Fuhh seorang makan. Orang penang kita. Member beliau belanja RM400 suruh buat rekod. Jadi rekod paling tinggi. Orang pertama sentuh RM400. Tengok badan boleh tau beliau mampu makan banyak,” tulis hantaran Nasi Kandar Sulaiman.