
PADU rasanya! Boleh cuba buat telur sambal hancur yang ringkas dan pastinya lazat ini. Tengok pun dah kecur!
Bila sebut sahaja telur, pasti ramai membayangkan itulah menu yang paling cepat dibuat untuk dinikmati keluarga.
Mana tidaknya, memasak telur sangat mudah, praktis dan terpantas di dunia. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak susah untuk didapatkan.
Masa memasak telur juga boleh siap dalam lima hingga 10 minit. Lagipun juadah telur dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana ia boleh dicampur dengan bahan lain seperti sayur dan daging.
Juadah berasaskan telur juga tak lapuk dek zaman. Kebanyakkan anak-anak kecil sekarang pun sangat suka hidangan telur.
Jadi, ayuh ibu kita cuba masak telur sambal hancur ini pasti memikat selera anak dan suami!

Selain itu, masak telur macam ini boleh jimat, masak sedikit untuk makan ramai-ramai maklumlah dah di penghujung bulan ni kan.
Bahan-bahannya;
- Telur 5 biji
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- CIli padi dan cili besar (ikut citarasa)
- Setengah kiub pati bilis
- Gula secukup rasa
- Sedikit garam
- Air
Cara membuatnya;
1. Kisar kasar atau tumbuk bawang dan cili tadi jangan lumat sangat biar kasar sedikit.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk tadi sampai pecah minyak. Masukkan kiub, gula dan garam.
3. Masukkan air anggaran dalam satu cawan. Biarkan mendidih, masukkan telur satu persatu.
4. Biarkan telur masak sekata. Jangan dikacau kuat sangat. Jika telur sudah masak, tutup api. Siap dihidangkan.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Sumber: Hasnah Hassan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
The post Padu cukup rasanya, ibu buat telur sambal hancur pemikat selera keluarga appeared first on Sinar Plus.
