Pagalungan bakal terima limpahan ekonomi dari pembinaan jalan

19 Jan 2024 • 12:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

NABAWAN: Daerah Kecil Pagalungan dan perkampungan di sekitarnya bakal menerima limpahan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi setempat apabila jalan Sepulut – Pagalungan yang kini rancak dalam pembinaan siap kelak.

Ketua Anak Negeri (KAN) Mukim Pagalungan Mohd Ridhwan Angayas berkata, banyak manfaat yang diperolehi masyarakat di kawasan ini apabila projek terbabit siap kelak.

Ini katanya, kerana jalan perhubungan yang baik adalah nadi utama kepada semua sektor pembangunan dan pertumbuhan ekonomi setempat.

“Apabila pengaspalan jalan raya ini siap sudah tentu ia akan menyumbang kepada sektor pembangunan pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain seperti perniagaan peruncitan dan sebagainya.

View Original Article