"Pagi-pagi Dah Buat Onar!" - 'Karen' Buat Hal, Cop Parking Sesuka Hati

6 Jul 2023 • 3:03 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Dah 2023, kita masih lagi berdepan dengan Isu 'cop' parking. Budaya 'cop' parking ini sering berlaku di kebanyakan kawasan termasuk perumahan dan lot kedai. Malah di pusat beli-belah juga budaya ini menjadi satu trend yang kurang sihat.

Ia dilakukan individu tertentu dengan meletakkan sesuatu 'tanda' atau objek seperti kon, tong gas atau botol di petak parkir yang kosong. Bahkan ada yang sanggup berdiri di ruang parkir yang kosong it.

Viral satu video yang dimuatnaik, satu insiden yang dipercayai berlaku dia Pulau Pinang. Seorang 'Karen' dengan beraninya cop parkir yang kosong dan menghalau kereta yang ingin memasuki ruang tersebut.

Tindakannya itu menyebabkan jalan menjadi sesak. Budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

"Individu yang sengaja 'cop' parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved