Pahang sasar jadi negeri paling mesra EV, ini yang sedang mereka usahakan

LocalTechnology
18 Nov 2024 • 12:42 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kerajaan negeri Pahang mengmumkan kerjasama dengan Volt Industries Sdn. Bhd. untuk mabgunkan rangkaian stense pengecas EV negeri tu. Objektif utama mereka adlaah untuk menjadikan Pahang sebagai negeri paling mesar EV di Malaysia. Bagi menjayakannya, sebanyak 50 setesen EV dirancang akan dibina di seluruh negeri dengan belanja sebanyak RM250 juta.

Jenis stesen terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Volt Mega Station menawarkan 50 port pengecas
  • Volt Station menawarkan 12 port pengecas
  • Volt Express menawarkan 2 port pengecas

image is not available

Volt Mega Station dikuasakan ladang solar

Satu majlis pecah tanah menandakan bermulanya inisiatif itu diadakan di Medan Selera Kg. Baru dekat Bentong, Pahang. Majlis tersebut dihadiri Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib selaku EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang.

image is not available

Antara perkara yang dikongsikan adalah Volt Mega Station akan dikuasakan ladang solar bagi memaksimumkan penggunaan tenaga boleh baharu pada setiap lapisan pembekalan. Pihak kerajaan negeri mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 3 juta setiap tahun melalui pengurangan pelepasan karbon dioksida.

image is not available

Volt Station pacu pertumbuhan sosioekonomi

Tak seperti kebanyakan operator stesen pengecas yang menumpukan pada laluan utama dan lebuh raya, kerajaan Pahang ingin tumpukan pembangunan Volt Station di kawasan-kawasan pekan dan bandar.

image is not available

Ia adalah satu usaha yang baik kerana peningkatan trafik ke dalam kawasan tersebut boleh mempertingkat ekonomi kawasan setempat termasuklah mewujudkan peluang pekerjaan dan lain-lain peluang peniagaan berkaitan.

image is not available

Kerajaan Pahang percepat proses kelulusan pemasangan pengecas EV

Sebarang pemasangan pengecas EV turut melibatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT). Oleh yang demikian, kerajaan Pahang ingin memedekkan prosedur yang perlu dilalui operator dalam memasang pengecas EV dalam negeri itu dengan cara mewujudkan konsep "pralulus".

image is not available

Pahang ingin menjadikan negeri itu mesra operator untuk lebih ramai pemain mengalihkan fokus mereka ke dalam negeri itu. Oleh sebab itu, pihak pejabat tanah dan pihak berkuasa tempatan diseru untuk memperkemas SOP masing-masing dalam mencapai hasrat kerajaan negeri itu.

Volt Station pertama seawal 2025

Dalam majlis pecah tanah itu juga, dimaklumkan kepada kami bahawa Volt Station pertama akan mula dibina awal tahun 2025 dan akan mengambil masa sehingga 6 bulan. Sekiranya garis masa itu dituruti, kita mungkin boleh melihat stesen pertama Volt Station mula menawarkan servis mengecas seawal Jun 2025.

View Original Article