Pahang sumbang RM50,000 untuk adik Athif

30 May 2023 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada 15 Mei lalu. - Gambar kecil: Wan Rosdy

KUANTAN - Kerajaan Pahang bersetuju menyalurkan sumbangan RM50,000 kepada Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang penyakit genetik yang jarang berlaku, Atrofi Otot Spina (SMA), Jenis 1.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan kepada kanak-kanak berusia 15 bulan itu bagi menambah dana yang diperlukan bagi tujuan rawatan.

"Saya difahamkan Athif memerlukan dana bagi membeli ubat Genetik Zolgensma berharga AS$2.1 juta (RM9.42 juta) yang dipercayai mampu menyembuhkan penyakit terbabit.

"Untuk itu, kerajaan Pahang telah bersetuju untuk memberi sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Athif," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau juga berharap lebih banyak lagi pihak seperti syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan tampil bagi membantu Athif untuk mendapatkan ubat tersebut.

"Saya berdoa semoga ALLAH memberi kekuatan kepada Athif serta mempermudahkan segala urusan keluarganya atas dugaan yang dihadapi oleh mereka ketika ini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved