Pahang tetapkan solat tarawih 20 rakaat di masjid, surau

18 Feb 2025 • 9:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penetapan solat sunat tarawih di masjid dan surau di seluruh Pahang ialah 20 rakaat dengan tiga rakaat witir dua salam, Ramadan ini - Gambar hiasan, gambar kecil: Asmadi

KUANTAN - Penetapan solat sunat tarawih di masjid dan surau di seluruh negeri Pahang ialah 20 rakaat dengan tiga rakaat witir dua salam, Ramadan ini.

Mufti Pahang,Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, ketetapan itu telah diperkenankan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, kesempurnaan solat tarawih afdal didirikan 20 rakaat sebagaimana dijelaskan Imam Syafie.

"Hal yang sama dikatakan Saidina Umar Ibn Al –Khattab sebagaimana dalam Kitab Al-Hawi Al-Kabir Syarah Kitab Mukhtar Aal-Muzanni Jilid kedua muka surat 290 menceritakan bahawa penduduk Makkah mendirikannya 20 rakaat serta witir," jelasnya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Dr Asmadi berkata, pihak masjid dan surau bagaimanapun boleh memilih untuk memendekkan solat tarawih kepada lapan rakaat pada malam sambutan Nuzul Al-Quran.

Menurutnya lagi, menunaikan solat tarawih berjemaah lebih afdal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved