‘Pahit manis memang kena telan’ – BGTV tampil pertahankan tindakan jemput Hot Daddy

Music
5 Feb 2024 • 1:28 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Susulan dikecam ramai berhubung tindakan menjemput Hot Daddy sebagai tetamu podcast, Bros Gang TV (BGTV) tampil memberi penjelasan.

“Penyebaran gambar BGTV bersama Hot Daddy telah mendapati perhatian netizen di internet serta segala perspektif persoalan positif dan negatif disuarakan.

“Untuk pengetahuan semua, BGTV tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral. Malah, BGTV melawan dan mencegah perkara-perkara tersebut.

image is not available

image is not available

“Di dalam podcast tersebut, beberapa perkara yang telah berlaku. Perdebatan yang hebat telah berlaku antara kami dan tetamu.

“BGTV adalah satu platform reality showcase. Maka segala video yang dikeluarkan berdasarkan realiti kehidupan.

“Pahit manis memang kena telan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati.”

Isu ini mengingatkan kepada penyanyi Caprice sebelum ini pernah menembual seorang TikToker Indonesia yang mendedahkan mengenai salah laku seorang pendakwah bebas terhadap dirinya sepanjang berada di Malaysia.

Video bahagian pertama itu mengundang kontroversi dan memaksa pihak berkuasa menghalang penyanyi berkenaan menyiarkan bahagian temubual yang seterusnya untuk tatapan umum yang dikhuatiri boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

Dalam pada itu, netizen turut mendesak pihak berkuasa melakukan perkara yang sama terhadap podcaster berkenaan kerana kandungan video tersebut dibimbangi akan merosakkan pemikiran generasi muda. Walaupun alasan yang diberika kononnya untuk mendedahkan realiti kehidupan.

Sumber: Instagram Bros Gang TV