
SIRI insiden paip pecah menjadi punca gangguan bekalan air yang sekian lama menghantui pengguna di Telipok, berhampiran Batu 13 Jalan Tuaran.
Sementara itu, paras air tak menentu di kolam tadahan yang menghala ke Donggongon pula menyebabkan gangguan bekalan tidak menentu kepada pengguna di Jalan Minintod-Bantayan, Penampang sejak lebih sebulan lalu.
Sehubungan itu, Jabatan Air akan memantau bekalan ke Taman Puterajaya dan Pangsapuri Country Heights bagi mengurangkan gangguan sepanjang cuti umum Pesta Kaamatan dan Hari Jadi Agong.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jurucakap agensi berkata, salah seorang kontraktor jabatan sedang membaiki paip Mid-Steel-Cement-Lined (MSCL) yang bocor di Taman Puterajaya sejak Selasa.
“Kerja kecemasan ke atas paip agihan berdiameter 200 milimeter itu bermula pada jam 9.30 pagi semalam,” katanya.
“Penduduk sekitar dimaklumkan setengah jam lebih awal supaya berjimat dalam menggunakan simpanan air mereka.”
Ini merupakan notis ketiga yang dikeluarkan oleh Jabatan berhubung kejadian paip pecah di kawasan Telipok sejak awal bulan ini. Notis terdahulu dikeluarkan pada 3 Mei dan 25 Mei, kata jurucakap itu.
“Setiap kejadian membabitkan bahagian berbeza pada paip MSCL sepanjang kira-kira 800 meter di Lorong Puterajaya 2.
“Ini berlaku akibat kehausan dan lusuh kerana paip ini telah dipasang bertahun-tahun lalu di bawah bahu jalan di kawasan itu.
“Bertentangan dengan anggapan sesetengah pihak, ia bukan disebabkan mutu kerja yang tidak memuaskan kerana kebocoran tidak berlaku pada bahagian yang sama.”
Selain penduduk sekitar kejiranan terbabit, jurucakap itu berkata kerja pembaikan turut menjejaskan pengguna di Pangsapuri dan Deretan Kedai Puterajaya.
“Lori-lori tangki kami telah dihantar dari semasa ke semasa untuk membekalkan air terawat kepada mereka yang terjejas.”
Mengenai Pangsapuri Country Heights pula, jurucakap berkata bekalan air terjejas berikutan paras air yang menurun di kolam R6B milik agensi berkenaan.
“Penurunan paras air di kolam Donggongon hanya bersifat sementara dan berlaku selama beberapa hari minggu lalu serta hujung minggu,” katanya.
“Kami berjaya menaikkan sedikit paras air minggu ini bagi menambah baik bekalan ke pangsapuri berkenaan.”
Jurucakap syarikat pengurusan Country Heights berkata bekalan utama ke pangsapuri sering terputus antara jam 10 malam hingga 6 pagi sejak April.
“Meskipun bekalan tidak terputus sepenuhnya, tekanannya sangat rendah – hanya sekitar lima hingga 10 peratus daripada kadar sepatutnya,” katanya.
“Oleh sebab itu, tangki bawah tanah kami tidak mempunyai cukup air untuk disalurkan kepada penyewa keesokan pagi.”
Katanya, pihak pengurusan hanya dapat melepaskan air beberapa jam dua kali sehari – sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.
“Pihak pengurusan terpaksa mengawal aliran air dari tangki aras tinggi dan tangki bawah tanah kepada 6,000 penghuni pangsapuri ini. Jika tidak dikawal, penghuni tingkat atas langsung tidak akan mendapat bekalan air.”
Menurut jurucakap itu, tugas ini menjadi sangat sukar sejak 17 April apabila kadangkala langsung tiada kemasukan air ke dalam tangki pangsapuri pada waktu malam.
Dia berkata banyak aduan telah dibuat ke talian Careline Jabatan berkenaan isu ini sejak April.
“Pada 13 Mei, kami menghantar surat rasmi kepada jabatan mengenai masalah ini. Namun, kami masih belum menerima jawapan rasmi.”
Jurucakap Jabatan berkata salah seorang jurutekniknya telah ke Country Heights sejurus dihubungi oleh pihak media minggu lalu.
“Dia mendapati air sampai ke meter pukal tetapi tekanannya sangat rendah,” katanya.
“Seorang pengawal keselamatan pangsapuri turut memanjat ke tangki imbangan dan mendapati air hampir tidak masuk ke dalam tangki.”
Menurutnya, kakitangan jabatan kini sedang memantau keadaan di kawasan itu.
“Jika keadaan menjadi lebih buruk, kami akan pertimbangkan menghantar lori tangki untuk mengisi semula tangki bawah tanah pangsapuri tersebut.”



