
PAITAN: Kerajaan Negeri telah meluluskan cadangan menaik taraf Daerah Kecil Paitan dan Sook kepada status daerah penuh, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.Katanya, cadangan tersebut telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini.
“Kedua-dua daerah kecil ini akan dapat beroperasi sebagai daerah penuh dalam masa terdekat ini setelah beberapa perkara teknikal, khususnya yang melibatkan urusan pentadbiran, persempadanan daerah dan lain-lain dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Dengan penaiktarafan itu, kita berharap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di kedua-dua kawasan itu dapat ditingkatkan selaras dengan status daerah penuh.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Kita telah memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak berkenaan agar mengambil langkah perlu untuk mempercepatkan proses naik taraf tersebut,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri dan Pejabat Daerah Kecil Paitan, di Dewan Terbuka Paitan, di sini pada Sabtu.
Terdahulu dalam ucapannya, Hajiji berkata rakyat Paitan sangat beruntung kerana mempunyai wakil rakyat (Datuk James Ratib) yang amat prihatin terhadap kesukaran dan penderitaan yang dialami rakyat, termasuk terus berusaha agar Paitan dapat dinaik taraf kepada daerah penuh.
“Saya percaya dengan menaik taraf daerah ini nanti, ia akan merubah landskap pembangunan dan memberi kesejahteraan sebenar kepada rakyat,” katanya.
Menurutnya, walaupun Paitan agak jauh dari Kota Kinabalu, namun kerajaan tidak pernah mengabaikannya.
Pada majlis sama, Hajiji turut mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk membina sebuah Dewan Serbaguna di Paitan bagi memenuhi keperluan rakyat di daerah ini.
“Banyak lagi projek yang akan dilaksanakan di Paitan, antaranya jalan persekutuan dari Kanibongan ke Pitas. Saya akan tulis surat kepada Menteri Kerja Raya Persekutuan, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi supaya jalan ini dibaiki, dinaik taraf dan diasfalt.
“Sekarang juga kerajaan sedang melaksanakan Jalan Paitan-Pantai Boring dengan kos RM123 juta,” katanya.
Hajiji berkata, beberapa projek lain juga sudah diluluskan untuk Paitan, termasuk pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) 132 Kilovolt (KV) elektrik dari Bengkoka, Pitas ke Sugut, Paitan.
Turut dilaksanakan ialah projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sugut, Paitan yang membabitkan 11 kampung, manakala satu lagi projek yang akan dilaksanakan ialah Jalan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Tabatu, Paitan sepanjang 5.6 kilometer.
“Inilah perjuangan kita di Sabah, jadi saya minta rakyat kita di Paitan dan Beluran untuk memberi sokongan kuat kepada kerajaan negeri hari ini.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


