Penyampai radio dan pelakon, Azad Jazmin menafikan dakwaan kononnya dia direhatkan atau digantung tugas sebagai penyampai Era FM susulan beberapa isu yang dikaitkan dengannya sejak kebelakangan ini.
Memetik laporan mStar, Azad atau lebih mesra disapa Pak Azad berkata, ketidakhadirannya di konti selama lebih seminggu bukan disebabkan sebarang tindakan disiplin.
AdvertisementView this post on Instagram
Sebaliknya, penyampai segmen 3 Pagi Era itu menjelaskan dia sebenarnya sedang bercuti panjang yang sudah dirancang lebih awal.
“Benda itu salah faham sahajalah. Sebenarnya saya ambil cuti yang memang sudah lama saya minta.”
“Saya memang ambil cuti panjang. Kebetulan anak saya Amarra pun sudah tersingkir daripada Talk To My Manager 2 (TTMM2), jadi kami luang masa bersama.”
Mengulas lanjut, Pak Azad turut menegaskan kontroversi berkaitan isu flat Rohingya yang tular sebelum ini tidak memberi sebarang kesan terhadap kerjayanya sebagai penyampai radio.
View this post on Instagram
“Sebenarnya benda ini tidak ada kaitan seperti yang diperkatakan. Malahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua juga berterima kasih kepada saya,” ujarnya.

Sebelum ini, ketiadaan Pak Azad dalam segmen 3 Pagi Era sejak minggu lalu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pendengar setia stesen radio berkenaan.
Ramai netizen mempersoalkan situasi itu apabila segmen pagi yang kebiasaannya dikendalikan bersama Nabil Ahmad dan Radin digantikan dengan personaliti lain sepanjang tempoh tersebut.
Malah, di media sosial turut timbul spekulasi mendakwa suami kepada pelakon Eira Syazira itu direhatkan daripada tugas susulan beberapa kontroversi yang melibatkannya sejak minggu lalu.
Antara isu yang menjadi perhatian ialah pendiriannya mengenai penempatan etnik Rohingya serta dakwaan melakukan buli siber selepas memberi respons terhadap kecaman yang diterima anaknya, Amarra, dalam TTMM2.
Difahamkan, Pak Azad mula tidak bersiaran bermula Selasa minggu lalu sebelum kembali bertugas seperti biasa di konti Era FM pada pagi Khamis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Neelofa Didakwa Hamil Anak Ketiga, Netizen Perasan ‘Baby Bump’ Dalam Foto Terbaharu
The post Pak Azad Nafi Digantung Era FM, Jelas Ambil Cuti Panjang Bersama Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






