Pak Cik Lempar Petai Atas Jalan, Kecewa Tidak Dibenar Berniaga Oleh Penguat Kuasa

21 Mar 2025 • 5:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat kuasa.

Perkara tersebut tular di media sosial selepas rakaman berkenaan dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai rosaganhusein548.

Pak cik lempar petai lepas dihalang berniaga

Dapat didengar dengan jelas luahan kecewa pak cik tersebut apabila tidak dibenarkan berniaga di situ selepas dua penguatkuasa menghalangnya menjual petai menggunakan motosikal di lokasi terbabit.

“Bukan sekadar mencari barang dapur, malah nak cari sesuap nasi di negara sendiri pun susah,” katanya.

Pak cik lempar petai depan penguat kuasa

Dia yang menyatakan bukan selalu berniaga di kawasan berkenaan turut mempersoalkan adakah perlu melakukan jenayah memandangkan tidak dibenarkan mencari rezeki dengan cara berniaga seperti itu.

Situasi tersebut telah disaksikan orang ramai yang kebetulan turut berada di lokasi tersebut dan mengutip semula petai dilempar pak cik berkenaan bagi meredakan kemarahannya.

Walau bagaimanapun, pak cik terbabit telah membuang petai-petai tersebut di dalam longkang berhampiran sebagai tanda protes disebabkan insiden berkenaan.

image is not available

Dia hanya jual petai atas motosikal

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima apabila kebanyakkannya meluahkan rasa simpati dengan pak cik terbabit.

Namun begitu, ada juga yang menyarankan pihak berkuasa untuk menggunakan budi bicara yang lebih baik kepada lelaki terbabit memandangkan dia tidak memacak khemah bagi menjual petai-petai.

image is not available

Bukan hari-hari dia berniaga

image is not available

Patut ada budi bicara sikit

image is not available

Mungkin kawasan tak sesuai

image is not available

 

Setakat ini, belum ada sebarang maklum balas daripada pihak berwajib dipercayai penguatkuasa dari Majlis perbandaran Port Dickson berkenaan kejadian itu.

Sumber: TikTok rosaganhusein548.