Pak Lah dimasukkan ke IJN, keadaan baik dan stabil

LocalPolitics
25 Apr 2024 • 3:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 3 petang semalam bagi menjalani sesi fisioterapi mingguan dan kini berada dalam keadaan baik dan stabil.

Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan memaklumkan, sebelum menjalani sesi tersebut, pakar perubatan mendapati beliau mengalami Small Spontaneous Pneumothorax dan dinasihatkan supaya berehat secukupnya dengan pemantauan doktor pakar.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik. Kesemua ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau.

“Pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat pada ketika ini. Terima kasih atas keperihatinan semua,“ menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu menerusi laman instagram, Khairy Jamaluddin yang juga menantu Abdullah berkata, bekas perdana menteri kelima itu kini masih berada di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN untuk pemantauan doktor.

Khairy yang mewakili ahli keluarga turut menzahirkan penghargaan atas doa serta kata-kata semangat daripada pelbagai pihak yang dititipkan kepada Abdullah.

Sebelum ini tular menerusi aplikasi WhatsApp mengenai keadaan kesihatan Abdullah yang dikatakan mengalami kekurangan oksigen dan berada dalam keadaan lemah.