Pak Ya yakin tambat hati pengundi atas pagar, kongsi rancangan lima tahun

8 Aug 2023 • 9:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

OLEH NAJAMUDDIN MOHD NOR

TANJONG KARANG, 8 OGOS: Berbaki tiga hari sebelum berakhirnya kempen pilihan raya negeri akan dimanfaat untuk menambat hati pengundi atas pagar, kata calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Permatang.

Mohd Yahya Mat Sahri atau Pak Ya berkata mempergiatkan kempen untuk memberi keyakinan kepada pengundi termasuk perancangan dalam tempoh lima tahun jika diberi mandat oleh rakyat.

“Pak Ya akan menggunakan semua platform media, setiap malam bermula hari ini akan buat siaran langsung di platform TikTok untuk menambat hati pengundi atas pagar terutamanya anak muda.

“DUN Permatang diberi wajah baharu iaitu lebih bersih dan indah. Pak Ya akan membawa isu kekerapan lori sampah kepada pihak berkaitan selain menambah bilangan tong sampah di sini.

“Bagi menceriakan suasana di DUN Permatang, kita akan menganjurkan pertandingan keindahan kampung, projek penanaman pokok, program kampung angkat oleh korporat dan projek inovasi kampung,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved