“Pakai Baju Sama Sehingga Lima Hari” – Isteri Fail Cerai, Tak Tahan Suami Tak Suka Gosok Gigi & Tak Nak Mandi

2 Feb 2024 • 1:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri tuntut cerai sebab suami tak suka gosok gigi & tak nak mandi? Dengar macam ‘kelakar’, tetapi itulah yang berlaku dalam hidup seorang wanita yang berada di Turkiye.

Berhari-hari tak mandi, tak gosok gigi

Wanita terbabit sudah tidak tahan dengan sikap suami yang tidak tahu menjaga kebersihan diri, di mana si suami sering tidak mandi berhari-hari dan hanya gosok gigi sekali atau dua kali seminggu saja.

image is not available

Bukan itu saja, lelaki terbabit turut menggunakan pakaian sama sehingga lima hari tanpa menukar baju lain.

Si suami perlu bayar RM77,878

Setelah meneliti kes penceraian pasangan terbabit, mahkamah membenarkan tuntutan cerai yang dibuat oleh si isteri dan memerintah si suami untuk membayar 50,000 lira Turki (RM77,878) sebagai pampasan kepada bekas isteri.

Keputusan tersebut dianggap sah dari segi undang-undang oleh Mahkamah Keadilan Wilayah, malah mendapat kelulusan akhir daripada Jabatan Kedua Mahkamah Rayuan.

image is not available 12 months ago

"Sombong, Kurang Ajar, Ego!" - Pelawak Terkenal 'Kantoi' Curang, Isteri Fail Cerai Selepas 4 Tahun Sabar