Pakai baju tali halus mandi kolam, netizen anggap Ameera Khan bidadari dunia

Women's Fashion
16 Aug 2023 • 11:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penampilan Ameera Khan sememangnya kerap menjadi sorotan dan perhatian memandangkan terlihat agak terbuka sejak kebelakangan ini.

Ada sahaja gambar baru memperlihatkan pakaiannya yang boleh disifatkan sebagai seksi dikongsikan di media sosial dan mendapat pelbagai komen negatif daripada netizen.

Mandi dekat swimming pool

Terbaru, adik kepada selebriti terkenal, Neelofa ini telah memuat naik gambar-gambarnya di dalam kolam renang dengan memakai pakaian bertali halus.

Halusnya tali baju

Walaupun tidak menunjukkan gambar penuh dan hanya bahagian badan atas sahaja yang agak terdedah, namun ramai yang menyelar penampilannya kerana boleh mengagak pakaian apa yang digunakan ketika mandi di swimming pool.

image is not available

Gambar untuk simpanan peribadi

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang merasakan penampilan berkenaan sangat tidak sopan dan lebih elok jika ia hanyalah sebagai simpanan peribadi.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menyamakan Ameera Khan seperti bidadari dunia dan mendoakannya agar mendapat jodoh yang baik supaya boleh membimbingnya ke jalan yang lebih baik.

 

image is not available

Bidaidari dunia apakah ini

image is not available

Tak sejuk ke mandi dalam tu

image is not available

Semoga diketemukan dengan lelaki yang berakhlak

image is not available

Perkongsian influencer cantik itu bukanlah kali pertama dia berpenampilan agak terdedah. Sejak kembali aktif di media sosial, Ameera kerap kali memuat naik gambar yang mengundang komen-komen nakal netizen walaupun dia sama sekali tidak mengendahkan perihal tersebut.

Sumber: Instagram littlemiskhan

View Original Article