Pakai baju tanpa lengan, penampilan seksi Qistina Raisah dikecam ramai

Women's Fashion
2 May 2024 • 4:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon muda, Qistina Raisah yang tampil dengan penampilan seksi dengan memakai baju tanpa lengan ketika bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarga telah ditegur netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa gambar ‘posing’ di atas kapal.

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan pelakon yang berusia 16 tahun itu memakai dres tanpa lengan berwarna biru sehingga menampakkan bahagian bahunya.

Penampilan seksi

Penampilan seksi

image is not available

image is not available

Tak sesuai pakai baju terdedah macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan nasihat buat Qistina supaya lebih memakai baju yang tertutup memandangkan usianya yang masih muda.

image is not available image is not available image is not available

Biarlah dia nak enjoy zaman remaja

Bagaimanapun, ada segelintir individu tidak bersetuju dengan kecaman orang lain memandangkan Qistina mempunyai hak sendiri untuk menikmati kehidupannya sebagai seorang remaja.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar pelakon muda tersebut terima hidayah dalam menutup aurat dengan sempurna dan kembali ke jalan yang benar.

image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, Qistina turut menjadi bualan hangat ramai apabila dia tampil dengan pakaian ketat ketika sesi pemilihan model sehingga undang kritikan netizen.

Sumber: Instagram @Qistina Raisah

View Original Article